“Tak Payah Sibuk Hal Orang!” – Anak Sulung Dikecam Seksi, Kak KM Pertahan Cara Didikan | Oh! Artis – Oh! Media

“Tak Payah Sibuk Hal Orang!” – Anak Sulung Dikecam Seksi, Kak KM Pertahan Cara Didikan | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Kak KM tempelak netizen tegur cara didikannya terhadap anak, Nabila.


Baru-baru ini, anak kepada usahawan sensasi, Kak KM menerima kecaman gara-gara berpakaian seksi.

Dalam hantaran tersebut, Nabila memakai baju putih berlengan pendek sambil membuat gerakan bibir menyanyi lagu.

Namun, baju tersebut menampakkan bahagian perut dan pusatnya membuatkan netizen tampil membuat teguran.

“Korang jaga anak korang, aku tahu bahagian aku”

Kak Km

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Gempak, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dengan tegas menyatakan bahawa orang luar tidak perlu masuk campur urusan keluarganya.

Kak KM menegaskan bahawa dia lebih tahu tentang tanggungjawabnya sebagai ibu dalam membesarkan anak-anak.

Korang tak payah risau sangatlah tu anak aku, tak payah risau. Kita jaga keliling kita dahulu. Macam korang, jaga anak korang, adik-beradik korang. Jangan sibuk hal orang, aku tahu bahagian aku. Insya-Allah, kita tak adalah seteruk mana.

Difahamkan, Nabila kini menetap di Singapura dan bakal berkhidmat dengan Singapore Airlines selama lima tahun.

Selepas itu, Nabila mahu mencuba peluang berkhidmat untuk syarikat penerbangan antarabangsa, Emirates pula.

Pssttt! Setiap ibu ada cara tersendiri dalam membesarkan anak, namun sebagai figura umum, apa sahaja tindakan pasti akan menjadi perhatian. 

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top