Anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal memberitahu bahawa penganjuran konsert WE 4U2C Live In Concert merupakan persembahan terakhir mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, AC turut meminta agar hentikan kecaman terhadap penganjuran konsert berkenaan kerana selepas ini tiada lagi 4U2C.
BACA: “Kenapa Dia Nak Tutup Periuk Nasi Kami?” – AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai
“Tak payah marah-marah, tak payah susah-susah kutuk. Kami buat semua ini untuk kali terakhir.
“Kami berlatih tiga jam sehari selama tiga bulan dengan 20 lagu dan koreografi hanya untuk kenangan bersama anda semua. Insya-Allah lepas ini tiada lagi 4U2C, jadi chill..datanglah kerana ini yang terakhir,” tulisnya.
Sementara itu, AC berkata selepas ini semua ahli kumpulan akan teruskan dengan kerja serta kehidupan masing-masing.
“Memang sedih untuk umumkan, tapi ini yang terakhir. Berpisah Jangan!” katanya.