Pelakon jelita, Anzalna Nasir memilih untuk tidak memanjangkan isu apabila dirinya kembali menjadi bualan hangat susulan komen warganet yang mempersoalkan mengenai kehidupan mewah mereka adik beradik.
Ia selepas seorang individu memuji kehidupan Anzalna yang disifatkan seperti ‘drama TV3’ kerana memiliki suami kaya dan kacak selain dirinya yang cantik.
“Yang kecam dia dah kenapa? Lantak la yang aku nampak Anzalna ni hidup dia macam drama TV3.
“Dapat lelaki kaya, handsome, pandai buat lawak… perfect. Dia pun cantik, cun melecun,” komen individu berkenaan.

Enggan memanjangkan isu, Anzalna tampil menjelaskan mengenai komen segelintir warganet terhadap isu tular.
Katanya, sesetengah pihak mungkin kurang memahami kenyataan yang diberikan, namun dia tidak terasa hati dan bersikap terbuka mengenai isu tular tersebut.
“Kehidupan drama TV3? My dear @sisterr_you_ sebenarnya mereka bukan mengecam, cuma kurang bersetuju dengan kenyataan I yang mungkin kurang difahami.
“Itu hak masing-masing, dan I menerimanya dengan tenang,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, Anzalna berkata, tiada istilah kaya kerana baginya semua manusia adalah sama.
“Tak perlu timbulkan lagi isu suami I kaya atau kayap! Kita semua sama je. Korang suka kan topik ni pastu l yang kena.
“I cuma sentiasa berdoa kepada Allah agar rumah tangga kami kekal bahagia. Dan saya juga mendoakan perkara yang sama untuk semua yang membaca ni,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Persoal Adik-Beradik Anzalna Dapat Rezeki Kahwin Lelaki Kaya, Ini Jawapan Empunya Badan




