Tak Perlu Framing Sempurna! Tangkap Dulu, Crop Kemudian & Gambar Masih Jelas Dengan vivo V70 FE! | Branded – Oh! Media

Tak Perlu Framing Sempurna! Tangkap Dulu, Crop Kemudian & Gambar Masih Jelas Dengan vivo V70 FE! | Branded – Oh! Media

Zaman media sosial ni, semua benda kena ‘PERFECT’. Tak kiralah gambar yang ditangkap atau video yang dirakam, hasilnya perlu jelas dan tajam, barulah feed tampak cantik betul tak?

Tapi, realitinya kebanyakan antara kita, tak kisahlah tua atau muda selalu berhadapan dengan situasi di mana gambar yang ditangkap dah estetik, tapi bila crop, terus blur dan pecah!

Kita pula bukanlah jurugambar profesional yang setiap gambar diambil akan jadi on point… Tak apa, korang dah tak perlu risau lagi dah sebab masalah ini akan selesai dengan vivo V70 FE! 

Gambar Tetap Lawa, Walaupun Zoom & Crop!

Memahami situasi yang kita hadapi setiap kali nak tangkap gambar yang lawa dan estetik, vivo hadir dengan sebuah lagi siri terbaru, Fashion Edition bagi melengkapi siri vivo V70 mereka.

Satu perkara yang buat kami jatuh cinta dengan vivo V70 FE ni adalah kepakaran mereka dalam menjadikan setiap gambar yang ditangkap tampak jelas dan cantik dengan ciri 200 MP Ultra-Clear AI Imaging pada kamera utama. 

Dengan adanya ciri ini, korang dah tak perlu lagi pening kepala memikirkan tentang framing yang sempurna, tangkap saja dahulu dan buat keputusan kemudian sama ada nak zoom dan crop subjek yang ingin difokuskan. 

Menariknya, menerusi ciri Ultra-Clear Photo Crop, korang boleh crop gambar tanpa menjejaskan kualiti atau ketajaman gambar asli. 

Gambar yang ditangkap menggunakan MP OIS UltraClear Main Camera kemudian crop ke gambar yang lebih kecil Gambar masih tampak jelas dan tajam setelah zoom dan crop

Dalam masa sama, kalau korang nak betulkan butiran atau komposisi yang kurang tepat, korang boleh guna ciri Ultra-Clear Imaging Engine, yang dapat memastikan setiap hasil suntingan tetap tampak jelas dan terperinci. 

Tangkap gambar dahulu baru crop ikut framing yang diinginkan Butiran dan komposisi gambar dapat dibetulkan dengan ciri UltraClear Imaging Engine menjadikan gambar tampak jelas dan tajam

Jujur, edisi Fashion Edition ini memang terbaik untuk kita yang inginkan hasil gambar estetik tanpa perlu berbelanja besar pada kamera profesional. Hanya dengan 200MP OIS Ultra-Clear Main Camera, gambar pasti tampak jelas!

Tangkap Lebih Banyak Momen Rawak Dengan vivo V70 FE

Untuk siri Fashion Edition ini, ia hadir dengan warna yang cukup menawan, iaitu Muse Purple, dengan rekaan yang sangat classy dan premium, menyerlahkan lagi penampilan korang! 

Korang boleh dapatkan vivo V70 FE ini pada harga bermula RM1,599 saja tau! Tunggu apa lagi,  jadikan setiap momen yang ditangkap tampak estetik dengan vivo V70 FE. 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top