Trending
KDN jelaskan insiden pergaduhan di Balai Polis Meru hanya kes terpencil. Saifuddin Nasution tegaskan SOP keselamatan balai polis tidak perlu dikaji semula.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa prosedur operasi standard (SOP) keselamatan di balai polis tidak perlu dinilai atau dikaji semula susulan insiden pergaduhan dua kumpulan di Balai Polis Meru yang tular di media sosial.
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kejadian itu hanyalah kes terpencil dan tidak wajar dijadikan asas untuk mempertikai SOP keselamatan yang sedia ada.
Pergaduhan bermula di luar balai polis

Beliau menjelaskan bahawa kejadian sebenarnya bermula apabila satu kumpulan datang ke balai polis untuk membuat laporan berkaitan pertikaian yang berlaku di luar.
Anggota polis yang bertugas ketika itu bertindak mengawal keadaan seperti yang diperuntukkan dalam tugas
mereka bagi memastikan keselamatan semua pihak serta ketenteraman di balai polis.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila satu lagi kumpulan dipercayai mengekori mereka ke balai dan cuba menghalang laporan polis daripada dibuat sehingga tercetus kekecohan.
Berbeza sebahagian hantaran di media sosial iaitu sekumpulan lelaki India menyerang balai polis berkenaan.
Cerita sebenar adalah dua kumpulan bergaduh di luar dan daripada pergaduhan itu, satu pihak masuk ke balai polis untuk buat laporan, pihak satu lagi masuk juga menghalang.
Maklumat tidak tepat di media sosial ditegur

Saifuddin turut menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan maklumat tidak tepat mengenai insiden tersebut sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Jadi tak timbul isu keselamatan dan SOP balai polis. Ini satu kes terpencil, kita ada IGPSO (Perintah Tetap Ketua Polis Negara) jadi semua balai polis kita tertakluk (arahan rasmi yang dikeluarkan).
Kita tak boleh anggap satu insiden begitu (mewakili semua).
Pssttt! Media sosial memang pantas menyebarkan maklumat, tetapi kita juga perlu berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu berita. Semak fakta dahulu supaya tidak menimbulkan panik atau salah faham dalam masyarakat.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




