Tak perlu pening cari stok saiz, scan kod QR je dekat Al-Ikhsan Sports!

Tak perlu pening cari stok saiz, scan kod QR je dekat Al-Ikhsan Sports!

Siapa je tak kenal kedai barangan sukan terkemuka Malaysia, Al-Ikhsan Sports yang mana baru-baru ini telah memulakan inisiatif penggunaan teknologi inovatif dalam memberi pengalaman luar biasa buat pelanggan mereka.

Al-Ikhsan Sports bekerjasama dengan rakan strategiknya, ComeBy iaitu platform analitik runcit terkemuka untuk mengevolusikan pengalaman pelanggan dan meningkatkan prestasi kedai di seluruh negara.

Dengan adanya teknologi baru hasil kolaborasi ini, urusan pelanggan akan lebih mudah dengan hanya imbas kod QR yang disediakan, pelanggan akan mengetahui maklumat tentang produk dan bilangan stok yang masih ada.

Ini sekaligus memberi banyak manfaat kepada Al-Ikhsan Sports sendiri dengan meningkatkan cara mereka memahami pelanggan dan mengoptimumkan segala data yang diterima.

Platform ini juga memperkasakan Al-Ikhsan Sports untuk mengukur prestasi kakitangan, termasuklah kadar penukaran pengunjung serta purata nilai transaksi jualan.

Dengan adanya platform ‘imbas dan beli’, produk yang menjadi trend semasa akan diketahui sekali gus memudahkan pihak Al-Ikhsan Sports membuat keputusan bagi mengekalkan kelebihan daya saingnya.

Kerjasama ini akan menyerlahkan visi Al-Ikhsan Sports dan COmeBy bagi membentuk masa depan yang menggabungkan teknologi canggih dengan perkhidmatan luar biasa.

Pelancaran platform berteknologi canggih ini akan dilaksanakan di 51 cawangan Al-Ikhsan Sports di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari Al-Ikhsan Sports di media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan LinkedIn.