“Tak Perlu Tunggu Jadi Baik” – Aliff Aziz Ajak Peminat Selawat 1,000 Kali Sehari

“Tak Perlu Tunggu Jadi Baik” – Aliff Aziz Ajak Peminat Selawat 1,000 Kali Sehari

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz mengajak pengikutnya untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sebanyak 1,000 kali selama 40 hari sempena mengambil keberkatan hari Jumaat yang mulia.

Aliff berkata demikian menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs) sebentar tadi turut memberi pesanan kepada pengikutnya untuk berdoa kepada Allah SWT agar istiqamah dalam ibadah.

“Jom sama-sama kita cuba amal selawat yang sangat ringkas tapi sangat besar fadilat ini. 1,000 kali setiap hari selama 40 hari tanpa putus dan azam semoga Allah izin kita amal sampai hari kita dijemput kembali kepadaNya,” katanya.

Dalam pada itu, aktor drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini turut berkata kepada pengikutnya tidak perlu menunggu jadi orang baik untuk sebar kebaikan.

“Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan.

“Dengan sebarkan kebaikan kita minta Allah jadikan kita semua orang baik,” katanya.

Sebelum ini, rakan selebriti Ruhainies turut memberi mengajak pengikutnya untuk berselawat sebanyak 1,000 kali selama 40 hari.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Nak Capai Misi Berselawat 1,000 Kali Sehari

Scroll to Top