Tak Pernah Berhenti Belajar Vokal, Bella Astillah Sedih Ada Pihak ‘Muak’ Asyik Nyanyi Lagu Masing Masing – “Saya Tak Boleh Tolak Permintaan Penganjur”

Tak Pernah Berhenti Belajar Vokal, Bella Astillah Sedih Ada Pihak ‘Muak’ Asyik Nyanyi Lagu Masing Masing – “Saya Tak Boleh Tolak Permintaan Penganjur”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir pihak yang dikatakan ‘bosan’ atau ‘muak’ mendengar selebriti ini menyanyikan lagu berjudul Masing-Masing milik Ernie Zakri.

Ketika ditemui XTRA, Bella menjelaskan dia hanya mengikuti permintaan pihak penganjur yang meminta dirinya membawa lagu yang ditulis oleh pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda.

“Saya minta maaf sebab ada orang yang berkata mereka dah mula muak, tak nak dengar. Sebenarnya, apabila saya diundang ke sebuah acara, pihak penganjur akan meminta saya untuk menyanyikan lagu Masing Masing. Saya sendiri tak boleh nak tolak.

“Saya sedih bila orang kata penat dah nak dengar tetapi mereka tak tahu saya lagi sedih sebab itu bukan lagu saya. Tapi saya perlu akur atas permintaan pihak lain, saya tak boleh nak tolak… mereka bayar saya. Jadi itu adalah rezeki saya dan anak-anak. Saya minta maaf sangat sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut memaklumkan dia sudah berbincang dan memberitahu penyanyi asal, Ernie Zakri mengenai perkara itu.

“Saya sendiri dah bercakap dengan pemilik lagu itu, Ernie Zakri dan dia sendiri tiada masalah,” ujarnya.

Bella Astillah

Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video dan lagu Tapi Bukan Denganmu Jumaat lalu di TRX Exchange, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Bella yang baru sahaja melancarkan sebuah single baharu berjudul Tapi Bukan Denganmu berkata, dia tidak pernah berhenti belajar memantapkan lagi prestasi vokalnya.

“Saya memang menyanyi dari kecil, tapi saya juga belajar vokal dari kecil dan sampai sekarang saya masih tidak habis lagi belajar. Saya belajar dengan ayah saya, Cikgu Delly, dan Cikgu Shafi.

“Mereka banyak bantu saya dan saya akur masih banyak yang perlu dibaiki. Saya minta maaf dan saya faham, kadang-kadang menyanyi terlalu ikut emosi, penat atau latihan yang dilakukan itu tidak mencukupi. Saya akan buat lebih baik, Insya-Allah,” ujarnya.

Lagu Tapi Bukan Denganmu merupakan ciptaan komposer popular Sharon Paul dan merupakan sebuah karya yang dekat di hati Bella kerana liriknya ditulis sendiri olehnya.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Kisah, Lebih Baik Begini” – Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tak Ada Hubungi… Anak-Anak Pun Tidak Mencari

Artikel Berkaitan: Kehidupan Kini Lebih Tenang, Bella Astillah Yakin Lambat Laun Mampu ‘Move On’ – “Hubungan Selama 12 Tahun Itu Tak Mudah”

Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Tumpang Populariti, Muaz Zabir Bersikap Terbuka Sering Dikaitkan Dengan Bella Astillah – “Jika Tak Beri Impak Negatif, Apa Salahnya?”

Artikel Berkaitan: “Itu Contact Number Saya Yang Dia Save Dalam Telefon” – Sarah Yasmine Bersuara Isu Nama Harley Quinn & Babak Video Call Dalam MV Bella Astillah

Scroll to Top