Penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic meluahkan rasa terharu apabila pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkongsi rezeki makan di restoran mewah mencecah RM450 seorang.
Menerusi muat naik di platform Threads, DJ Sonic atau nama sebenarnya, Awang Suffian Awang, berkongsi sebuah video memaparkan momen bersama Fazura dan keluarga.
“Terima kasih @missfazura belanja kami semua makan! Tempat yang sangat seronok dan sedap. Untuk makanan saya seorang, RM450 termasuk cooking show.
“Faz oh Faz. Terima kasih. Dari dulu, bab belanja orang, bab makan, tak pernah berkira. Lagi-lagi belanja untuk keluarga,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji Fazura mengatakan belanja insan tersayang itu adalah salah satu caranya menunjukkan kasih sayang, selain menghargai mereka dalam hidupnya.





