Oh! Artis
Terpisah dari kecil, Azrinaz Mazhar Hakim luah rasa rindu terhadap anak sulungnya, Putera Wakeel.
Bekas personaliti TV terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim mencuri perhatian netizen apabila memuat naik satu luahan hati yang cukup menyentuh jiwa sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Putera Wakeel yang ke-19 tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azrinaz menegaskan bahawa dirinya tidak pernah melupakan tarikh kelahiran anak tercinta meskipun mereka sudah lama terpisah.
Kata Azrinaz, mana mungkin seorang ibu mampu melupakan kesakitan yang dilalui ketika melahirkan anaknya sendiri.
“Saya rindu senyuman dan suara Abang Wakeel…”
Luahan penuh emosi itu ditulis dalam bentuk surat kepada anaknya, menggambarkan betapa dia merindui Wakeel setiap detik.
There are no words soft enough to carry the weight of how much I’ve missed you. No clock that could count the moments I’ve spent imagining your smiles, your voices, the rhythm of your laughter echoing through a home that’s been too quiet.
Tambah Azrinaz lagi, walaupun mereka terpisah ketika Wakeel masih kecil, kasih sayangnya tidak pernah pudar.
Sentiasa ikut perkembangan anak
Dia sentiasa mengikuti perkembangan anaknya dari jauh dan menyimpan rasa bangga terhadap setiap pencapaian Wakeel, walaupun tidak mampu meluahkannya secara langsung.
Di akhir nukilan, Azrinaz berkata, dia akan menunggu dengan sabar dan merindui puteranya itu sehingga ke akhir hayat.
Ucapan ulang tahun tersebut mengundang rasa sebak netizen. Rata-rata mendoakan yang terbaik buat Azrinaz dan anak-anaknya.
Pssttt! Hubungan antara ibu dan anak adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan walau apa pun yang terjadi. Apa-apa pun selamat ulang tahun Putera Wakeel!
Kredit: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.