“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Pihak Penjara Wilayah Narathiwat tampil menafikan dakwaan penyanyi dikir barat moden Malaysia, Eda Ezrin telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang turut ditahan di fasiliti sama sejak November tahun lalu.

Pengarah penjara, Surin Chantep, menegaskan tiada sebarang permohonan fasakh pernah dikemukakan oleh penyanyi berusia 30 tahun itu, sekali gus menafikan khabar angin yang tular kebelakangan ini.

“Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Eda Ezrin. Ia hanyalah khabar angin yang tidak berasas. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana cerita ini boleh timbul kerana beliau langsung tidak pernah menyuarakan perkara tersebut,” katanya.

Eda Dalam Keadaan Baik, Semangat Bertemu Anak

Surin turut memaklumkan ibu kepada dua anak itu berada dalam keadaan baik dan masih bersemangat meneruskan kehidupan meskipun dalam tahanan.

Menurutnya lagi, pihak penjara juga membenarkan Eda bertemu suaminya sebulan sekali, pada setiap hari Rabu.

“Dia dalam keadaan sihat dan ceria, lebih-lebih lagi selepas bertemu anak-anaknya minggu lalu.

“Pertemuan selama 20 minit itu diadakan di bawah pemantauan pegawai penjara,” ujarnya.

Terdahulu, timbul desas-desus dalam kalangan peminat dan ahli keluarga yang mendakwa Eda berniat memfailkan cerai terhadap suaminya selepas hampir setahun ditahan.

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Utusan Malaysia

Scroll to Top