Umum mengetahui setiap kali Ramadan jurusolek, Datuk Alha Alfa muncul dengan video 30 Hari 30 Selebriti dan ramai menantikan video terbaru setiap hari.
Terbaru, perkongsian Alha menjadi perhatian apabila menjemput penyanyi Sarah Suhairi dan solekan bertemakan ‘classy, golden, gloom’ memberikan kelainan pada wajahnya.
BACA: Sarah Suhairi Pilih Duda Anak 3, Terus Jadi Ibu ‘Segera’
Menurut Alha, Sarah antara selebriti yang ingin disolek olehnya kerana jika salah mekap wajah akan jadi kelabu. Alha turut memuji kulit penyanyi itu sememangnya cantik dan bersih.
“Yang orang kata kalau salah make up boleh jadi kelabu. Kondisi kulitnya memang tip top, cantik dan flawless. Tapi nak mantainkan warna kulit selepas make up, itu adalah cabarannya,” katanya.
Selesai disolek, Sarah dilihat tergamam melihat perubahan wajahnya serta mengatakan dia tidak pernah melihat wajahnya secantik itu.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, saya tak lernah rasa cantik macam ni, nak nangislah, tapi jangan nangis. Approved, terima kasih banyak sebab sudi make up saya cantik cantik macam ni,” katanya.




