“Sebenarnya aku tak rindu siapa-siapa. Tak ada”.
Demikian respons usahawan popular, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, berhubung konflik yang dikatakan berlaku antara dirinya dan kakak kandungnya, Kak Nona.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Kak KM secara terbuka mengakui, dia tidak menyimpan sebarang rasa rindu atau penyesalan terhadap apa yang pernah terjadi antara mereka.
Namun, ketika ditanya peminat sama ada dia berasa rindu atau tidak dengan adik beradiknya yang lain, Kak KM bagaimanapun menegaskan, dia tidak pernah berasa rindu atau menyesal dengan apa yang berlaku.
“Sebenarnya aku tak rindu siapa-siapa. Tak ada. Bukan nak cakap apa lah, apa sahaja yang terjadi, aku tak pernah rasa menyesal, tak pernah nak termenung, rindu.. tak ada.
“Sebab bagi Kak KM, dalam setiap apa yang berlaku, yang Allah dah bagi sebenarnya itu adalah petunjuk ‘Dia nak bagitahu, ada benda yang kau kena tahu. Dah berapa tahun dah jadi benda ni. Itu yang meletup,”katanya.
Tambahnya, meskipun dia memilih untuk tidak berjumpa dengan kakak kandungnya itu namun, itu tidak bermaksud dia menyimpan dendam terhadap kakaknya.
“Tapi, aku tak pernah jadikan kakak-kakak aku tu sebagai musuh. Tidak.
“Dia bukan macam tu, aku maafkan sahaja apa yang berlaku tinggal lagi tak payah jumpa. Dia jadi macam tu,” jelasnya.




