Sejak pagi tadi , tular di media sosial berkenaan satu video seorang bayi disuap vape yang diberikan oleh orang tuanya.
Menerusi video yang diperoleh daripada Twitter pedoqpop, seorang wanita telah memuat naik video anak kecilnya diberikan vape di IG story sehingga mendapat kecaman daripada orang ramai.
— Pedoq what is this behaviour? (@pedoqpop) May 3, 2021
Pelbagai maki hamun telah diterima sehingga bapa kanak-kanak tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar dengan memaklumkan mereka sekadar bergurau sahaja.
Dia juga memohon maaf diatas kesilapannya mendidik anak sehingga dikecam hebat netizen.
Dalam pada itu, bapa muda terbabit juga meminta orang ramai tidak terus mengecam isterinya kerana sedar bahawa wanita itu tidak kuat menerima sebarang maki hamun daripada netizen.
Selain daripada itu, menerusi Facebook Ryan NasT’Anger, laporan polis telah dibuat oleh seseorang dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.
Walau bagaimanapun, diruangan Facebook bapa kanak-kanak berkenaan, kecaman-kecaman daripada netizen masih lagi diterima.
Masing-masing berasa geram melihat video tersebut dan sikap ibu bapa yang menjadikan hal berkenaan satu gurauan serta dengan sengaja memuat naiknya di media sosial.
Setakat ini belum ada sebarang maklum balas dari pihak polis dan pihak yang melaporkan. Semoga kejadian seperti ini menjadi ikhtibar kepada ibu bapa dalam bergurau dengan anak-anak lebih-lebih lagi jika ia dimuat naik ke media sosial.
Sumber: Ryan NasT’Anger, Facebook