Tak sah! Istiadat Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak diiktiraf – Pengelola Bijaya Diraja

Tak sah! Istiadat Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak diiktiraf – Pengelola Bijaya Diraja

Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Jaafar tidak lagi menyandang gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, majlis ‘Istiadat Pemasyhuran’ Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun 2026 adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

“Adalah dimaklumkan bahawa majlis yang dikatakan sebagai ‘Istiadat Pemasyhuran’ YDPB Negeri Sembilan ke-12 adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan menerima gelaran tidak sah itu menyebabkan Tunku Nadzaruddin secara automatik melepaskan gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.

Pada 6 Jun lalu, media melaporkan Undang Yang Empat menggunakan kuasa mereka memasyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai YDPB Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis di Melaka.

Majlis tersebut turut dihadiri anggota Dewan Keadilan dan Undang (DKU) termasuk Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad dan Tuanku Besar Tampin, Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, manakala sebahagian ahli DKU lain mengikut secara sidang video.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila pembesar adat berkenaan dihalang bertemu Tunku Nadzaruddin di hotel terbabit.

Scroll to Top