Baru-baru ini, aktivis Firdaus Wong mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melantik tauke rokok elektronik (vape) menjadi ahli lembaga pelawat Hospital Rembau.
BACA: Lantik Tauke Vape Jadi Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Firdaus Wong Persoal Tindakan KKM
Bukan Firdaus Wong je, difahamkan ramai lagi dalam kalangan netizen mengkritik tindakan KKM tersebut.
Tauke vape letak jawatan

Susulan itu, Presiden Persatuan Peruncit Peranti dan Cecair Rokok Elektronik (MRECA), Adzwan Ab Manas mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan tersebut demi mengelakkan lebih banyak salah faham serta menjaga kepentingan semua pihak.
Dalam laporan FMT, beliau berkata jawatan tersebut tidak bergaji dan lebih bersifat NGO.
Jawatan berkenaan hanya jawatan tidak bergaji dan lebih kepada bersifat (aktiviti) badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sesiapa sahaja boleh dilantik ke jawatan berkenaan.
Katanya lagi, dia terima pelantikan itu dengan niat yang baik iaitu sekadar mahu membantu mengukuhkan hubungan antara pesakit dan pihak hospital.
Bukan salah menteri kesihatan (Dzulkefly Ahmad) apabila mengeluarkan surat pelantikan berkenaan tetapi lebih kepada kelemahan saya sendiri. Maka saya telahpun meletakkan jawatan itu demi kepentingan semua pihak.
Adzwan juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk mencemarkan imej hospital mahupun kerajaan, sebaliknya hanya mahu menyumbang tenaga dalam kapasiti NGO.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.