“Tak Salah Nak Sebelahi Pihak Tertentu, Tapi Patutnya Perempuan Lebih Memahami Perempuan Bukan…”- Hatta Dolmat Gesa Netizen ‘Budayakan’ Rasa Hormat 

“Tak Salah Nak Sebelahi Pihak Tertentu, Tapi Patutnya Perempuan Lebih Memahami Perempuan Bukan…”- Hatta Dolmat Gesa Netizen ‘Budayakan’ Rasa Hormat 

Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat tampil menitipkan pesanan buat warganet agar lebih berhati-hati ketika meninggalkan komen terutama melibatkan isu yang membabitkan kaum wanita.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Hatta berkata, tidak salah jika seseorang ingin menyebelahi mana-mana pihak tertentu dalam sesuatu isu namun sikap saling menghormati antara satu sama lain harus sentiasa diutamakan.

“Sepatutnya perempuan lebih memahami perempuan, sepatutnya perempuan mengangkat sesama sendiri, sepatutnya perempuan medoakan sesama sendiri, mendoakan kebahagiaan dan kejayaan pelajaran, pendidikan, keluarga, kerjaya.

“Kau orang tahu kan? Mendoakan kebaikan pada orang, berganda nikmat doa tu berbalik pada anda. Itu lah punca tenang.

“Kau orang ni dah kenapa? It’s okay to taking side but, be respecful to yourself when writing. Its mirror you,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Hatta sekali gus berharap agar mentaliti seperti ini tidak wujud dalam kalangan wanita yang bersifat suka menindas sesama sendiri.

 

Scroll to Top