mahani@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Bukanlah menjadi kesalahan jika PERKESO meminta warga kerja mempromosikan segala aktivitinya, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr M Saravanan.
Malah katanya, beliau meminta seluruh warga agensi itu untuk menjadi duta kehormat kepada produk PERKESO.
“Apa salahnya sebuah agensi mempromosikan produk mereka melalui kakitangan dan ia bukan jenayah dan permintaan itu satu ciri kepunyaan (self of belonging). Kenapa MUTC melihat ini sebagai satu kesalahan, sedangkan usaha itu membantu rakyat.
“Daripada sudut kedudukan PERKESO bukan satu kesalahan, dan dengan aspirasi ini, saya mahu menjadikan PERKESO sebagai satu jenama untuk setiap keluarga berikutan ramai kalangan warga Malaysia belum ada kesedaran mengenai bantuan dan program yang dimiliki PERKESO,” katanya.
Beliau mengulas tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC ) yang mengecam dasar pengurusan PERKESO ke atas penilaian prestasi kerja pekerja.
Saravanan berkata, beliau sendiri sebelum dilantik Menteri tidak sedar peranan dan sumbangan PERKESO kepada rakyat Malaysia sehinggalah dilantik Menteri Sumber Manusia.
“Ini kerana persepsi masyarakat, PERKESO hanyalah memberikan bantuan apabila berlaku kemalangan di tempat kerja atau semasa dalam perjalanan.
“Sebenarnya peranan PERKESO lebih daripada itu, PERKESO ini satu pertubuhan yang membantu golongan pekerja dengan pelbagai jenis bantuan, tetapi ramai masih tidak sedar, misalnya waris kepada pencarum, apabila berlaku kematian, pasangannya akan mendapat 90 peratus daripada pendapatan terakhir hingga selamanya serta anak di bawah usia 21 tahun memperoleh bantuan pendidikan,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PERKESO sudah membantu 2.72 juta pekerja tempatan dan menyelamatkan 300,000 sektor perniagaan daripada gulung tikar.
“KSM juga akan memperkenalkan satu produk baharu, working for worker di mana semua pekerja asing di negara ini boleh reach out KSM atau JTKSM apabila majikan yanf tidak membela nasib pekerja, tak patuhi akta 466, tidak bayar gaji mereka atau sebagainya,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




