“Tak Sanggup Lihat Mak Menangis” – Zizi Kirana Tahan Rindu, Elak VC Dengan Keluarga Demi Teruskan Misi Kemanusiaan

“Tak Sanggup Lihat Mak Menangis” – Zizi Kirana Tahan Rindu, Elak VC Dengan Keluarga Demi Teruskan Misi Kemanusiaan

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana memaklumkan dirinya tidak menghubungi keluarga sepanjang dalam mengikuti Misi Global Sumud Flotilla.

Menerusi perkongsian Threads, Zizi atau nama penuhnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, mengakui tidak sanggup untuk melihat air mata ahli keluarga, terutamanya ibu tersayang.

“Sepanjang pelayaran ini saya jarang video call (VC) dengan keluarga. Saya tak nak mereka sedih sebab setiap kali VC mereka akan menangis.

“Saya pula tak boleh tahan kalau macam tu, terutama kalau Mak saya nangis. Luluh la jiwa pahlawan saya.

“Tapi Alhamdulillah, Allah jaga kami semua di sini. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan keluarga, berbanding di Gaza ramai yang dah tak ada keluarga,” katanya.

Pada Isnin, isteri kepada pelakon Yusof Bahrin ini memaklumkan kapal yang dinaikinya telah memulakan kembali pelayaran menuju ke Gaza.

Perjalanan dari tunisia itu dijangka memakan masa selama 10 ke 14 hari.

Scroll to Top