Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terkilan selepas menerima notis berkaitan kes komital yang difailkan oleh bekas suami terhadapanya.
Kata Dr. Afifah usai perbicaraan kes berlangsung, dia tidak menyangka menerima notis daripada Nubhan pada 28 April lalu.
Dalam masa sama, Dr. Fie berharap, Nubhan dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk meneruskan kes tersebut.
“Saya sekarang menjaga anak-anak saya, jadi saya harap Nubhan boleh bertindak yang baik-baik untuk saya dan anak-anak dan fikirkan masa depan anak-anak.
“Fikirkan apa kesan dia kalau dia buat macam ini dekat saya dan kesihatan mental saya.
“Saya juga penat bekerja, saya juga nak jaga anak-anak, saya nak hantar anak pergi sekolah. Jadi pagi ni saya tak dapat hantar anak saya sekolah. Jadi saya terkilanlah,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Fie mengaku tidak menjangkakan Nubhan akan bertindak memfailkan kes terhadapnya memandangkan anak-anaknya berada dalam keadaan stabil dan terkawal ketika berada di bawah jagaaannya.
“Alhamdulillah anak-anak saya baik dengan saya. Jadi saya pun tak sangkalah benda-benda macam ni akan berlaku. Kenapa dia nak buat saya macam ni?,” jelasnya.
Sementara itu, peguam mewakili Dr. Fie, Norhasra Hamzah mengesahkan, kes komital ini difailkan susulan anak guamnya melanggar perintah mahkamah berkaitan kenyataan yang dilakukan di media sosial.
“Berkaitan dengan kenyataan di media-media sosial. Kita tengok nantilah macam mana mahkamah mempertimbangkan Dr. Fie punya alasan,” komennya ringkas.

Terdahulu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad memilih mahkamah sebagai saluran yang betul demi mempertahankan maruah diri dan membersihkan namanya daripada segala fitnah.
Nubhan juga menjelaskan, dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri bagi menjaga keharmonian ramai pihak, namun dakwaan yang tidak tepat termasuk isu hak penjagaan anak memaksanya untuk mengambil tindakan undang-undang.
Artikel Berkaitan: “Kenapa Dia Buat Saya Macam Ni?” – Dr Fie
Artikel Berkaitan: Kes Nubhan & Dr Fie: Tidak Wujud Unsur Balas Dendam, Peguam Dakwa 3 Pelanggaran Perintah Berlaku



