Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tampil memberi penjelasan penganjuran ayat ‘Bacheloratte Usrah’ ketika meraikan penyanyi, Amira Othman yang bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Menerusi perkongsian di Threads, Betty tidak menyangka perkara tersebut akan dipertikaikan oleh segelintir netizen.
Bagaimanapun, Betty mengakui bertanggungjawab dan rela dipersalahkan orang ramai.
“Mula-mula nak letak ‘Bachelimah’ iaitu bachelorette versi muslimah. Tapi, saya rasa macam buruk pula nama itu. Jadi, saya letaklah Bachelorrette Usrah,” tulisnya ringas.
Dalam masa sama, Betty turut memaklumkan acara tazkirah tersebut turut membincangkan topik tentang ‘cara menuju pintu syurga isteri solehah’ yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti lain seperti Bella Astillah, Nora Danish, Hawa Ridzwana, Nabila Razali, Amyra Rosli dan ramai lagi.
Amira akan melangsungkan pernikahan bersama aktor, Fattah Amin pada 14 September 2025, Ahad ini.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Ucap Terima Kasih Pada Betty Rahmad, Bachelorette Usrah Rai Hari Bahagia – “Moga Kita Kawan Sampai Syurga”




