Tak Sangka Remy Ishak Dengan Yang Ni Dah Lama, Patut Nampak Macam…

Tak Sangka Remy Ishak Dengan Yang Ni Dah Lama, Patut Nampak Macam…

Tak sangka di sebalik jadual padat dan wajah tenang Datuk Remy Ishak, rupa-rupanya ada satu hack tenaga yang mudah dan murah yang diamalkan sejak dulu lagi.

Bukan sebab diet ketat, bukan juga sebab berpeluh di gym setiap hari. Tenaga dan ketenangan Remy sebenarnya datang dari sesuatu yang jauh lebih ringkas iaitu secawan kopi istimewa yang cukup segalanya untuk dirinya.

Apa Istimewanya Alicafe Ni Sampai Remy Sanggup Angkat Jadi Minuman Harian?

Jawapannya terletak pada gabungan unik kopi Arabica & Robusta, bersama ekstrak Tongkat Ali dan Ginseng. Tongkat Ali adalah ramuan turun-temurun yang dipercayai mampu meningkatkan stamina, kekuatan dan ketahanan fizikal.

Sementara itu, Ginseng pula bertindak sebagai tonik kehidupan yang membantu daya tahan badan, menajamkan fokus dan menyeimbangkan tenaga dalaman. Gabungan hebat ini bukan saja menghasilkan rasa kopi kaw yang sedap, tapi juga dikenali sebagai Tenag a Legenda™, kekal dalam pasaran lebih 20 tahun. Alicafe memang bukan kopi biasa.

Bukan Sekadar Rasa, Ia Spark Tenaga Lelaki Hari Ini

Kempen terbaru Alicafe bertajuk “Kuasa Kau, KAW” membawa mesej yang lebih mendalam. Ia cerminkan realiti lelaki hari ini yang hidup serba laju, tanggungjawab, tapi tetap perlu terus melangkah walau tenaga makin berkurang.

Lelaki moden perlu sentiasa “on”, sentiasa kuat secara fizikal dan mental. Dan kadang-kadang, spark tenaga tu datang dari benda paling simple macam secawan kopi yang beri lebih dari sekadar rasa.

Datuk Remy Ishak kini menjadi wajah terbaru untuk kempen ini. Tapi ini bukan sekadar kempen selebriti biasa sebab Remy memang dah lama amalkan minum Alicafe.

“Saya memang perlukan kopi yang berikan tenaga tahan lama, especially bila masuk set shooting. Alicafe dah jadi rutin sejak zaman kampung lagi,” katanya.

Visi hidup Remy dan nilai jenama Alicafe pun banyak persamaan. Antaranya sama-sama percaya pada kekuatan dari dalam.

Tak Suka Goyang Kaki, Buktikan Remy Kekal Fresh Setiap Hari

Baru-baru ini, Remy jadi tular selepas berkongsi rutin hariannya sebagai seorang ayah. Dalam satu video di laman sosial, dia berkongsi bagaimana dia lebih gemar ambil alih tugas jaga anak, bukan sebab disuruh, tapi kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Percaya tak, aku tak suka sangat berehat. Hari tak ada shooting pun aku tak goyang kaki. Bila kat rumah, aku ambil alih tugasan, ringankan beban isteri,” jelasnya.

Ini menunjukkan sisi sebenar Remy, lelaki yang sentiasa mahu beri yang terbaik, sama ada di set mahupun di rumah.

Sentiasa Fresh & Bertenaga

Apa rahsianya Remy kekal fresh dan bertenaga setiap hari, walaupun sibuk bekerja dan tetap komited sebagai ayah dan suami? Jawapan dia mungkin ada dalam secawan Alicafe.

Dengan formulasi unik dan rasa kaw yang menyegarkan, Alicafe bukan sekadar kopi, ia sumber tenaga harian yang bantu Remy terus cemerlang.

Sebab tu tagline “Kuasa Kau, KAW” bukan sekadar slogan tapi seruan bahawa kekuatan sebenar memang dah ada dalam diri kita. Cuma kadang-kadang, kita perlukan sedikit sokongan. Kalau secawan kopi boleh bantu kita rasa lebih ‘hidup’, fokus dan steady kenapa tidak, kan?

Kalau korang tengah cari something untuk bantu stay alert, kuat dan konsisten mungkin dah sampai masa untuk korang kenal balik dengan Alicafe. Ini bukan sekadar kopi. Ini kopi dengan tenaga legenda untuk lelaki yang tak nak berhenti separuh jalan.

Untuk info lanjut dan nak tengok sendiri iklan terbaru yang tengah trending tu, boleh follow media sosial rasmi Alicafe di Instagram dan Facebook.


Scroll to Top