Penyanyi Amira Othman berkata sebagai anak seni sudah menjadi lumrah jika ada yang tidak menyukai dirinya.
Memetik Utusan Online, Amira bagaimanapun meluahkan rasa kesal dengan buli siber yang semakin melampau terhadap selebriti.
BACA: “Dia Tukar Telekung & Sejadah Baru” – Individu Dedah Amira Othman Sering Sedekah Di Masjid
“Memang saya tidak ambil tahu sangat apa yang berlaku di Threads kerana saya rasa ia sangat toksik. Namun, ada juga peminat yang menghantar semula komen tersebut kepada saya.
“Biasalah, adat menjadi anak seni, ada yang suka dan ada juga yang tidak. Jika seseorang itu tidak menyukai kita, apa sahaja yang kita lakukan tetap tidak akan disenangi,” katanya.
Sementara itu, Amira berkata dia memilih untuk tidak memberi perhatian kepada komen negatif kerana dia tidak boleh mengawal jika ada individu tidak sukakan dirinya.
“Saya tidak mahu terlalu fokus kepada perkara negatif. Pada akhirnya, yang menyokong kita adalah mereka yang benar-benar menyukai kita. Yang tidak suka itu saya tidak mampu kawal,” katanya.
Dalam pada itu, Amira berkata meskipun dia banyak berdiam diri tidak bermakna dia membenarkan dirinya dibuli. Amira mendedahkan dia pernah dihina dengan kata-kata kesat ketika melakukan siaran langsung.
“Saya rasa isu buli siber ini sudah melampau. Tak semestinya saya diam, saya boleh dibuli. Walaupun seseorang itu menggunakan akaun palsu, ia tetap tidak wajar.
“Ini bukan kali pertama mereka menyerang saya ketika membuat siaran langsung. Pelbagai kata kesat digunakan seperti ‘sundal’, ‘bodoh’ dan macam-macam lagi,” katanya.
Sumber: Utusan Online




