Pelakon Riena Diana menempelak individu seolah menghina golongan yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR).
Menerusi hantaran di Threads, Riena turut berkongsikan pengalaman tinggal di perumahan tersebut selama dua tahun serta tidak pernah berdepan pengalaman buruk tinggal di kawasan berkenaan.
BACA: Keith Foo Suka Tengok Riena Diana Bertudung

“Saya ok je dulu, saya duduk PPR AIR PANAS dekat setapak dari umur 18-20 tahun gitu. Saya bangga dengan ayah saya yang jaga saya, adik dan nenek ketika itu. Masa itu, di situ saja yang dia mampu,” tulisnya.
Sementara itu, Riena turut berkongsikan pengalamannya sebagai jurujual di sebuah kedai mainan dan meskipun terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang jauh namun dia tetap bersyukur.
“Saya hari-hari balik kerja lewat malam, parking jauh. Alhamdulillah selamat dan sikit pun saya tak pernah mengeluh,” tulisnya.
Dalam pada itu, Riena turut menegur individu berkenaan supaya berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu kerana tidak semua orang diberikan rezeki hidup di tempat mewah.
“Mungkin lain kali jaga percakapan awak sebelum tulis sesuatu. Tak semua orang ada rezeki macam awak nak duduk di tempat mewah dan tempat tak busuk,” tulisnya.



