“Tak Semua Salah Anak, Ada Juga Mak Ayah Lebih Sudu Dari Kuah”

“Tak Semua Salah Anak, Ada Juga Mak Ayah Lebih Sudu Dari Kuah”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kemelut antara pelakon Anna Jobling dengan ibunya apabila ibunya sendiri iaitu Ariz Arop membuat pendedahan di media sosial.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan pengarah Erma Fatima yang menasihati orang luar tidak masauk campur kemelut antara Anna dengan ibunya.

BACA: “Terkenal Je Terus Lupa Diri, Saya Seperti Anjing Kurap” – Ibu Anna Jobling 

Menurut Erma, perselisihan yang berlaku antara ibu dan anak adalah perkara biasa berlaku dan setiap tindakan yang diambil pasti dibuat atas sebab yang kukuh.

Tambah Erma lagi, sebelum ini dia banyak mendengar cerita mengenai isu keluarga apabila anak sudah mengecap populariti namun ada isu tidak semua berpunca dari salah anak.

“Isu dalam kain bukan untuk perkongsian sosial media. Ini punca buli siber. Kita mengundang berbagai spekulasi masyarakat. Dan akhirnya akan terbitnya KENDURI KENCAMAN. Siapa yang akan jadi mangsa? 

“Perbalahan emak dan anak itu biasa tapi kalau perlakuannya luarbiasa pasti ada sesuatu yang luarbiasa juga berlaku. 

“Banyak cerita yang aku dengar sebelum ini isu mak ayah dengan anak bila anak dah jadi HEBAT..POPULAR…Tapi ada juga cerita yang aku dengar tak semua tu salah anak. 

“Kadang-kadang ada juga emak ayah yang lebih sudu dari kuah. Bukan anak yang kena kejutan budaya..mak ayah yang culture shock,” katanya.


Scroll to Top