Tak Serik, ‘Miza Ozawa’ Didenda RM14,000 Muat Naik Video Jelik

Tak Serik, ‘Miza Ozawa’ Didenda RM14,000 Muat Naik Video Jelik

Oh! Tidak

Tertuduh (Miza Ozawa) sebelum ini pernah dipenjara semasa hamil 6 bulan.


Seorang wanita dikenali dengan nama ‘Miza Ozawa’ dijatuhkan hukuman denda RM14,000 selepas didapati bersalah memuat naik video lucah di Twitter.

Memetik laporan Buletin TV3, Siti Amiza Baharuddin mengaku bersalah menggunakan akaun Twitter @MizaNegro untuk menyebarkan kandungan tidak senonoh tersebut.

Tertuduh menangis di mahkamah

Miza Ozawa

Kesalahan itu berlaku pada 18 Disember 2022 kira-kira jam 10.13 malam, sebelum ia dikesan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) beberapa bulan kemudian pada 19 Mei 2023.

Mengikut undang-undang, perbuatan ini disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Suasana mahkamah bertukar sayu apabila Siti Amiza menangis sebaik keputusan dibacakan. Peguamnya, Ahmad Hafiz A Bakar, memohon hukuman diringankan dengan alasan anak guamnya mempunyai bayi berusia sembilan bulan.

Akhirnya, mahkamah menetapkan denda RM14,000 yang difahamkan dibayar oleh ahli keluarganya.

Pernah dipenjara semasa sarat hamil

Miza Ozawa
Foto Hazreen Mohamad Harian Metro

Apa yang mengejutkan, ini bukan kali pertama wanita itu dihukum. Pada Jun tahun lalu, dia pernah dipenjara dua bulan selepas mengaku bersalah mencari pelanggan bagi tujuan persundalan menerusi aplikasi Telegram menggunakan nama samaran “Miza Ozawa”. Ketika itu, dia sedang sarat hamil enam bulan.

Pssttt! Perkara ini jelas jadi peringatan buat semua, jangan sesekali ambil mudah dengan apa yang kita kongsikan di media sosial. Satu tindakan salah boleh menjejaskan maruah diri dan keluarga.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top