Tak tahan sering dihina gemuk dan hodoh, suami bunuh isteri

Tak tahan sering dihina gemuk dan hodoh, suami bunuh isteri
Tak tahan sering dihina gemuk dan hodoh, suami bunuh isteri

Suspek dilaporkan memukul kepala mangsa menggunakan kayu sebelum menikam tubuh mangsa menggunakan golok.

JAKARTA – Seorang suami berusia 67 tahun dikenali sebagai N, didakwa membunuh isterinya, Harsalena,56, di Perumahan Bintan Permata Indah, Jalan Ganet, Tanjungpinang, Kepulauan Riau, pada malam Rabu, menurut laporan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Umum Polis Negeri Kepulauan Riau, Kombes Pol Ronni Bonic memaklumkan bahawa N didakwa bertindak demikian kerana rasa sakit hati selepas sering dihina mengenai fizikalnya, dengan gelaran ‘gemuk’ dan ‘hodoh’.

Suspek dilaporkan memukul kepala mangsa menggunakan kayu sebelum menikam tubuh mangsa menggunakan golok.

Ketika anak mereka tiba di rumah selepas terdengar pertengkaran, suspek mengaku telah membunuh ibu mereka dan membawa sebahagian daripada tubuh mangsa menggunakan guni, meninggalkan bahagian lain di rumah.

Anak mangsa segera menjerit dan membuat laporan polis.

Kes kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjungpinang, dengan pemantauan daripada pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Umum Polis Negeri Kepulauan Riau.

Ronni menambah bahawa suspek merupakan seorang pesalah kes pembunuhan dan baru dibebaskan dari Penjara Tanjungpinang pada Ogos 2025 selepas sebelumnya terlibat dalam kes pembunuhan terhadap bekas teman wanitanya.

Kejadian itu disyaki dirancang terlebih dahulu dan suspek kini dalam proses siasatan polis.-Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang suami berusia 67 tahun didakwa membunuh isterinya di Tanjungpinang, Kepulauan Riau kerana sakit hati dihina
  • Suspek membunuh dengan memukul menggunakan kayu dan menikam dengan golok
  • Anak mereka menemukan kejadian itu dan segera membuat laporan polis
  • Suspek merupakan pesalah kes pembunuhan sebelumnya dan baru dibebaskan pada 2025
  • Kes sedang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjungpinang dengan pemantauan dari Jabatan Siasatan Jenayah Umum Polis Negeri Kepulauan Riau
Scroll to Top