
Seorang wanita melahirkan bayi semasa perjalanan pulang ke kampung mendakwa tidak tahu dia sedang hamil.
JAKARTA – Kisah seorang mahasiswi berusia 20 tahun, dikenali sebagai SF, menjadi tular selepas melahirkan bayi semasa perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kabupaten Tojo Una-Una, Sulawesi Tengah.
Peristiwa ini mula mendapat perhatian warganet selepas dikongsi melalui akaun Instagram @infoampana, lapor media tempatan.
Menurut laporan, SF menumpang sebuah kenderaan dari Palopo menuju Sulawesi Tengah untuk pulang beraya pada 13 Mac lalu.
Pada awalnya, pemandu kenderaan tidak mengetahui bahawa penumpangnya sedang mengandung.
Situasi berubah apabila SF tiba-tiba menjerit kesakitan kerana mengalami sakit perut yang ‘luar biasa’.
Pemandu kereta kemudian segera memberhentikan kenderaan di Desa Kasintuwu, Kecamatan Mangkutana, Kabupaten Luwu Timur dan membawa SF ke sebuah kedai makan di kawasan itu bagi mendapatkan bantuan daripada penduduk tempatan.
Penduduk kampung bersama pihak berkuasa tempatan membantu proses persalinan kecemasan itu di lokasi.
SF mendakwa, “Saya tidak tahu kalau sedang hamil. Tiba-tiba sahaja perut terasa sangat sakit.”
Bayi yang dilahirkan dilaporkan selamat, dan selepas proses persalinan, ibu serta bayi tersebut dibawa ke Pusihat Kesihatan Mangkutana untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Kedua-duanya kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut.
Peristiwa ini menjadi tular kerana sifatnya yang luar biasa dan spontan, serta menonjolkan kepedulian masyarakat setempat yang bertindak pantas membantu proses kelahiran secara kecemasan di jalan raya. -Agensi
Ringkasan AI
- Kisah seorang mahasiswi berusia 20 tahun, SF, melahirkan bayi semasa perjalanan pulang ke kampung halamannya di Sulawesi Tengah menjadi tular
- SF menumpang kenderaan dari Palopo menuju Sulawesi Tengah untuk pulang beraya pada 13 Mac
- Pemandu kenderaan tidak mengetahui SF sedang mengandung hingga SF menjerit kesakitan karena sakit perut luar biasa
- Penduduk kampung dan pihak berkuasa tempatan di Desa Kasintuwu membantu proses persalinan kecemasan
- Bayi yang dilahirkan selamat dan SF serta bayinya kini mendapat rawatan di Pusihat Kesihatan Mangkutana dan berada dalam keadaan stabil



