Pelakon Uqasha Senrose memuat naik hantaran berkenaan kemelut rumah tangganya bersama suami pelakon, Kamal Adli.
Menerusi hantaran di Threads, Uqasha tampil mempertahankan bapanya Nik Sen yang dikecam netizen selepas membela dirinua serta meminta agar Kamal melepaskan anaknya.
BACA:“Kamal Kalau Kau Tu Jantan Lepaskan Dah Orang Tak Nak, Kau Ni Dayus…” – Bapa Uqasha

“Tak tahu pula bila bapa tahu anak dipukul semasa mengandung, melahirkan dan pantang baru dua minggu didera, kena diam diri,”tulisnya.
Sementara itu, Uqasha mengakui bodoh kerana memilih menutup tentang penderaan yang dialaminya kerana bimbang dimarahi keluarga.
“Aku ni pula bodoh nak tutup sebab tak nak family marah,” tulisnya.




