Pelakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan lelaki berstatus duda, namun mengakui memberi keutamaan kepada lelaki bujang yang belum pernah berkahwin.
Menurut Aishah, dia lebih selesa sekiranya dipertemukan dengan pasangan yang boleh membina kehidupan bersama dari awal.
“Eh, tidaklah ya minat dengan orang duda. Tapi kalau orang cakap kalau dah itu jodoh kita, kita tak menolak.
“Tapi orang cakap saya kalau boleh nak yang single lah. Yang single yang betul-betul orang cakap tak pernah berkahwin, yang orang cakap memang start daripada bawah kita naik sama-sama. Macam tu.
“Tolong doakan saya dengan lelaki yang single. Kalau dah tak ada sangat pilihan untuk lelaki single, baru kita ambil yang duda. Tapi sejauh ini saya percaya ramai lagi lelaki yang single.
“Tapi duda tu dia dah berkahwin, dia macam ‘susah’ sikit. Jadi kalau boleh kita nak yang fresh. Macam kita juga fresh! Ha, contoh. Jadi insya-Allah kalau diberi jodoh yang baik, yang soleh, yang bertanggungjawab, single, fresh, why not? Doakan yang baik-baik,” katanya.

Mengulas mengenai tindakannya sebelum ini meninggalkan komen dan kata semangat buat aktor, Kamal Adli, Aishah menjelaskan, dia tiada sebarang niat tersirat selain daripada ikhlas mendoakan.
Sejujurnya, apa yang saya tulis itu sekadar niat untuk berdoa untuk rakan sekerja.
“Honestly, apa yang saya tulis di media sosial itu sekadar niat untuk berdoa untuk rakan sekerja, seindustri. Tiada lebih. Tapi mungkin ada orang-orang yang salah tafsir disebabkan status beliau dan status saya juga.
“Jadi orang cakap tak ada niat yang lebih-lebih daripada apa yang orang fikirkan. Tapi kita tak boleh nak kawal kan apa yang orang fikir, apa yang orang cakap. Tapi saya hanya niat sekadar berdoa sahaja.
“Sebenarnya saya pernah bekerja sekali dengan Kamal. Jadi tidak salah kot jika dia diuji dalam kehidupan dia. Saya mendoakan yang baik-baik,” jelasnya.
Aishah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran koleksi tudung jenama Qyraisya yang berlangsung di Ruang Rama, Petaling Jaya pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN:Doa Ikhlas Bertukar Kontroversi, Aishah Azman Dituduh Mahu Ambil Hati Kamal Adli
ARTIKEL BERKAITAN:“Bod*h Lah Macam Ni! Nak Buat Fitnah Pun Agak-Agak Lah”- Kamal Adli Berang, Nafi Gaduh Dengan Uqasha Isu Main Futsal
Terdahulu, Aishah secara terbuka mendoakan agar Kamal terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam mendepani ujian hidup.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang reaksi kurang senang apabila ada pihak mendakwa Aishah seolah-olah mempunyai niat lain dan cuba mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku.




