Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia enggan mengulas mengenai sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas suaminya, Aliff Aziz bagi menjaga hati banyak pihak.
Memetik HibGlam, Bella berkata apa saja berkenaan Aliff sudah tiada kena mengena dengan dirinya serta mendoakan yang terbaik bagi semua pihak.
BACA: Aliff Aziz Doakan Kebahagiaan Bella Astillah & Syed Saddiq
“Apa-apa saja berkaitan dengan bekas suami, saya tak mahu komen. Dia dah tiada dalam hidup saya. Saya memang tak tahu bab itu (temu bual Aliff bersama media Singapura). Jadi, saya doakan yang terbaik untuk semua pihak. Itu saja,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata jika dia mengeluarkan sebarang kenyataan bimbang ada pihak yang kurang senang serta tidak selesa.
“Kalau saya nak cakap apa-apa tentang dia, mungkin akan ada ramai yang kurang senang. Banyak hati yang saya nak jaga,” katanya.
Menerusi satu temu bual bersama berita Singapura, mengulas mengenai fenomena BASS antara bekas isterinya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Aliff Aziz berkata dia reda dan mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.
Sumber: HibGlam