Trending
Muntazar Ghufran jawab isu RM500 punca putus tunang dan tegaskan dia pernah ada ratusan ribu dalam akaun bank.
Pelakon, Muntazar Ghufran akhirnya tampil menjawab isu hangat kononnya dia hanya memiliki RM500 dalam akaun bank hingga menjadi punca putus tunang dengan Saidah Kamarudin.
Menurut laporan mStar, Muntazar meluahkan rasa kesal kerana hal kewangan peribadi dijadikan bahan bualan netizen di media sosial.
Saya pernah merasa ada duit ratusan ribu dalam bank. Takkan saya nak beritahu dalam akaun bank saya ada berapa ribu?
Kewangan adalah hak privasi

Muntazar atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Ghani Ghufran, menyifatkan komen mengenai RM500 yang “tak cukup beli susu dan lampin” adalah tidak wajar.
Itu ujian Allah. Mungkin Allah uji saya dengan duit yang sedikit, maka saya perlu sentiasa bersyukur.
Muntazar Ghufran tak mahu layan drama, pilih reda dan teruskan hidup

Meskipun kontroversi terus diperkatakan, pelakon berusia 23 tahun ini enggan menambah minyak ke dalam api, sebaliknya memilih untuk tenang dan terus bersyukur.
Saya tak pernah mengeluh. Allah bagi sedikit, saya terima.
Untuk rekod, bekas tunangnya Saidah sebelum ini mendakwa akaun TikTok miliknya telah digodam oleh Muntazar, sekali gus mencetuskan pertikaian di media sosial
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




