Pelakon, penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah akhirnya tampil memberikan respons susulan dakwaan memperlekehkan kaum Iban seperti yang tular sebelum ini.
Mengaku terkejut dengan kontroversi berkenaan, Ifa atau nama penuhnya, Saripah Raziah Mustapha, 49, menjelaskan, dia tidak berniat atau bermaksud untuk memperlekehkan kaum Iban.
Ini kerana, video tular tersebut hanyalah sekadar komen gurauan bersama sahabat baiknya, Kelly Azman.
“Saya sangat terkejut. Saya tak tahu apa benda yang mereka tulis dan komen dekat video saya.
“Rupanya isu saya terkejut tengok video Kelly. Saya tulis komen ‘Ingatkan perempuan Iban mana yang tersesat’.
“Bila kami bergurau, saya tak bermaksud apa-apa apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming etnik tertentu. Pertama kali tengok video itu, saya nampak head gear yang berada di atas kepala. Sangat cantik!,” katanya.
Sedar dengan isu sensitif, Ifa mengaku tidak berniat sama sekali untuk mengguris hati mana-mana pihak berhubung isu tersebut.
“Takkan saya nak main sentimen perkauman. Tak ada sedikit mengenai perkara itu terniat di hati saya.
“Maksud saya, Kelly pakai bunga-bunga atas kepala. Pandangan mata saya, orang semenanjung tak pakai macam itu. Kedua, bila Kelly menyanyi macam tak tentu arah. Itu maksud saya (sesat). Demi Allah, semua itu disalah ertikan.
“Kawan saya ramai orang Sarawak dan Sabah. Mereka datang daripada pelbagai kelompok etnik. Dan, orang Borneo orang yang paling cantik.
“Saya tak ada niat langsung nak mengguris hati sesetengah perkauman terutama orang Iban. Saya susun sepuluh jari dan mohon maaf,” jelasnya.
Enggan isu tersebut terus disalah erti, pelantun lagu Gemerincing Rindu itu berharap netizen berhenti bercakap mengenai hal tersebut.
“Saya tak ada niat, tak sengaja. Hanya gurauan antara saya dengan sahabat baik saya.
” Kalau saya jahat dan tak bertanggungjawab, saya boleh berdiam peluk tubuh.
“Saya harap penjelasan yang saya buat ini dapat menyelesaikan isu yang berlaku. Itu sebab saya berani tampil beri penjelasan. Harap semua boleh terima,” ujarnya.
Terdahulu, Ifa menerima pelbagai kritikan dan tohmahan dalam kalangan warganet selepas ada individu berkongsi satu tangkap layar memaparkan komen selebriti itu di salah satu hantaran dimedia sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Perlekeh Kaum Iban, Ifa Raziah Teruk Dikritik… Siap Ada Yang Nak Boikot?
ARTIKEL BERKAITAN:“Berhentilah Aliff, Nak Berpisah Buat Cara Nak Berpisah” – Ifa Raziah
ARTIKEL BERKAITAN:Ifa Raziah Upah 5 Pengawal Peribadi – “Mereka Ikut Saya Kemana Saja Sampailah Sebelum Masuk Ke Bilik Tidur…”
Sumber: OhBulan!