Pelakon popular, Nora Danish jual semua kasut tumit tinggi berjenama miliknya selepas muhasabah diri.
Nora Danish jual semua kasut selepas muhasabah diri
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Nora membuat tindakan seperti itu selepas membaca semula catatan lama sewaktu menghadiri kelas agama.
“Saya refleks balik diri saya, apa yang tidak dipakai dekat rumah dan simpan saya nak jual,” katanya.
Nora Danish jual semua kasut tinggi lepas baca semula catatan kelas agama
Dalam catatan yang dibuat, pemilik nama lengkapnya Nora Danish Mohd. Haniff, 43 itu telah membaca bahawa surah Al-Humazah ada menyentuh tentang neraka al-Hutamah dimana menceritakan tentang hukum bagi mereka yang mengumpat, mengeju dan menghitung harta benda.
Susulan daripada itu, dia nekad dengan mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tumit tinggi berjenama miliknya
“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah.
Neraka ketiga ke bawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.
Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” jelasnnya lagi.
Duit hasil jualan boleh beli benda baru atau sedekah
Tersentuh dengan peringatan itu, bintang drama Puteri ini berazam untuk menggunakan hasil jualan ke arah yang lebih baik.
“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah.
“Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” ujarnya.
Artikel lain: Sertai tadarus berkumpulan, Nora Danish berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari
Sekadar info, Nora Danish mula berhijab sekitar pertengahan 2024 selepas kerap menghadiri kelas agama bersama rakan-rakan seperti Betty Rahmad.
Hatinya mula terbuka apabila menyedari usia mencecah 40 tahun tanpa perubahan, ditambah rasa cemburu melihat wanita bertudung.
Sumber: Utusan Malaysia (Fatin Nurain Mustafa Kamal)