Oh! Tidak
Seorang guru di Kelantan dilaporkan ke SiSPAA gara-gara periksa pad pelajar tiap kali waktu solat.
Di aplikasi Threads, seorang guru di Kelantan didakwa telah dilaporkan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) gara-gara memeriksa ‘pad’ pelajar perempuan setiap kali waktu solat.
Tindakan guru itu dipercayai untuk membendung segelintir pelajar perempuan yang suka ponteng solat dengan alasan haid.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi kerana ia melibatkan isu sensitif membabitkan privasi pelajar dan etika seorang pendidik.
Takut pelajar ‘ponteng’ solat

Menerusi satu perkongsian, pengadu mengaku puas hati kerana selepas aduan dibuat guru berkenaan diarahkan bertugas ke kawasan pedalaman.
Tetapi belum sempat ditukarkan, guru berkenaan dikatakan meletakkan jawatan lebih awal.
Puas hati aku mein. Aku hantar SiSPAA sebab sorang cikgu dekat Kelantan ni suka check pad budak. Dia takut budak tu mengelak nak solat. Haritu dengar kena hantar dekat pedalaman, tapi tak sempat hantar ke sana dah resign.
Isu privasi pelajar dan tindakan guru jadi perdebatan

Tindakan guru yang didakwa suka melakukan pemeriksaan terhadap pelajar menimbulkan tanda tanya dari segi kesesuaian pendekatan, tambahan pula ia membabitkan aspek sensitif tubuh badan pelajar perempuan.
Walaupun niatnya mungkin bertujuan mendidik, namun pendekatan sebegini boleh dianggap melampaui batas dan mencetuskan ketidakselesaan serta pelanggaran privasi.
Ramai yang tak sangka, dah tahun 2025 pun masih ada cikgu yang bertindak sebegini.
Pssttt! Tindakan yang tidak sesuai bukan sahaja boleh mencalarkan nama baik guru, malah menimbulkan trauma kepada pelajar. Semoga pihak berwajib menyiasat perkara ini dengan telus demi melindungi hak semua pihak.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.