“Takutlah Pada Allah” – Netizen Tegur Pakaian Bella Astillah Terlalu Terdedah

“Takutlah Pada Allah” – Netizen Tegur Pakaian Bella Astillah Terlalu Terdedah

Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian apabila tampil menggayakan gaun warna biru yang dikatakan agak terdedah dan keterlaluan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Threads, rata-rata netizen kurang senang dengan gaun yang digayakan oleh Bella apabila mendedahkan bahagian belakang badannnya.

BACA: Bella Astillah Syukur Hasil Jualan Kuih Raya Disalurkan Ke Rumah Anak Yatim 

Sementara itu, ada netizen mengatakan mereka gembira melihat Bella kini bahagia namun perlu memberi teguran berkenaan penampilan pelakon itu apatah lagi ianya dikongsikan oleh satu akaun secara terbuka. 

Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar Bella dapat menutup aurat serta menjadi muslimah yang baik tambahan pula pelakon ini sudah bergelar tunangan orang.

Mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang.

Sumber: Ohmymedia


Scroll to Top