Talian NSRC 997 alami gangguan sementara esok

Talian NSRC 997 alami gangguan sementara esok

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Talian telefon Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) 997 dijangka mengalami gangguan teknikal esok.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan itu dijadualkan dari jam 9 hingga 11 pagi.

“Sekiranya orang ramai ingin melaporkan kejadian penipuan kewangan dalam talian, sila hubungi bank atau penyedia kewangan yang berkenaan.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk melaporkan kejadian di balai polis berdekatan,” katanya dalam dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

JSJK berkata, maklumat talian kecemasan atau aduan penyedia kewangan boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi masing-masing atau merujuk direktori pautan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Orang ramai juga boleh merujuk portal BNM di https://www.bnm.gov.my/regulations/fsp-directory,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top