mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Hasrat untuk melihat wakil Malaysia beraksi di pentas final Terbuka Macau musnah selepas beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Indonesia, hari ini.
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung Macao East Asian Games Dome itu menyaksikan wakil negara terpaksa akur dengan kehebatan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 12-21 dan 19-21.
Pada pertemuan set pertama menyaksikan beregu negara itu memberi tentangan sengit pada awal permainan namun kesilapan mudah menghukum mereka sebelum tewas 12-21.
Skrip sama turut berlaku pada set kedua dengan kedua-dua pasukan saling bertukar servis namun ketika penghujung permainan wakil negara gagal mengekalkan rentak perlawanan sekali gus terpaksa akur tumpas 19-21.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan tiada wakil negara beraksi di pentas final Terbuka Macau.
Ia selepas beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut tewas di peringkat separuh akhir kepada pasangan Indonesia.
Pasangan yang berada di ranking 29 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dejan Ferdinanshah-Gloria Emanuelle Widjaja 15-21,21-17 dan 14-21.
© New Straits Times Press (M) Bhd




