Tampil Berbusana Putih, Fazura Dilihat Tenang Bagi Kes Sebutan Permohonan Cerai Bersama Fattah Amin

Tampil Berbusana Putih, Fazura Dilihat Tenang Bagi Kes Sebutan Permohonan Cerai Bersama Fattah Amin

Aktres jelita, Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Shah Alam, Selangor sekitar jam 9.25 pagi ini.

Fazura yang tampil dengan persalinan berona pitih berharap prosiding hari ini berjalan dengan lancar.

Hadir bersama pengawal peribadi dan juga pengurusnya, Iman Tang, aktres itu bagaimanapun kelihatan tenang.

“Alhamdulillah, saya tenang.

“Semoga urusan harini berjalan lancar,” katanya ringkas.

Sebelum ini, pada 13 September lalu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai pihak apabila dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Bagaimanapun, sehari selepas berita tersebut tular, Fattah tampil memeberikan respons apabiila mengatakan dia terkejut ketika menerima berita isterinya itu memfailkan perceraian terhadapnya dan memaklumkan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkannnya.

Bahkan, kelihatan nekad dengan keputusan yang dibuat, aktres jelita itu seolah-olah sudah memberikan ‘hint’ kepada umum mengenai status rumah tangganya apabila sering memuat naik kata-kata motivasi beserta beberapa video yang dimuat maik di Instagram miliknya.

Untuk makluman, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dengan seorang anak perempuan iaitu, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Scroll to Top