Tampil manis berbaju kurung, Hannah Yeoh jayakan video raya depan bangunan ikonik

Tampil manis berbaju kurung, Hannah Yeoh jayakan video raya depan bangunan ikonik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mencuri perhatian peminat apabila tampil menawan berbaju kurung semasa menjayakan video sambutan Hari Raya di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, salah satu bangunan warisan ikonik yang baharu sahaja dinaiktaraf.

Ditanya mengenai baju digayakan oleh Hannah dalam video berkenaan, Setiausaha Akhbar, Ahmad Fazli Mohd Yad memberitahu ia diukur khas mengikut citarasa

“Saya dimaklumkan tukang jahit itu bernama Diana di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dan memang baju tu sangat cantik,”katanya kepada OhMyMedia.

Rakaman video sambutan Aidilfitri itu memaparkan Hannah Yeoh cuba menari dengan penuh ceria, walaupun akui beliau bukan penari profesional.

“Maaf saya tak pandai menari, tapi cuba khas untuk Hari Raya,” tulis Hannah Yeoh dalam kapsyen video berkenaan.

  

Bangunan bersejarah itu dipilih sebagai lokasi rakaman bagi menonjolkan keindahan warisan Kuala Lumpur.

Video itu turut menampilkan kelibat seorang “pak joget” secara spontan, yang menambah elemen santai dan mencuit hati penonton.

Artikel lain: Bukan wayang! Hannah Yeoh selesa berselendang, hormati bulan Ramadan

Meskipun tidak pandai menari, namun ramai memuji semangat dan keberanian Hannah Yeoh mencuba sesuatu yang baru bagi menyemarakkan suasana Aidilfitri.

Sumber: FB Hannah Yeoh

Scroll to Top