“Tampon Senipis Cotton Pad Je Bukan Sebesar Timun…Jangan Obses Sangat Dengan Selaput Dara Boleh?”

“Tampon Senipis Cotton Pad Je Bukan Sebesar Timun…Jangan Obses Sangat Dengan Selaput Dara Boleh?”

Pelakon Janna Nick meluahkan rasa hairan video untuk berkongsikan makluman mengenai penggunaan tampon ketika haid mencetuskan perdebatan ramai.

Menerusi satu hantaran di Threads, Janna menegur sikap segelintir netizen yang mempersoalkan isu selaput dara kesan dari penggunaan tampon.

BACA: Janna Nick Berjaya Tamat Master Di UK Dengan Keputusan Cemerlang

Janna turut berkata tampon yang dijual dipasaran untuk menyerap darah haid adalah nipis serta kecil dan tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

“Kecoh betul la pasal selaput dara / hymen. Video pasal cara nak guna tampon je pun. Tampon tu senipis cotton pad je la bukan sebesaq batang timun,” tulisnya.

Sementara itu, Janna turut menjelaskan mengenai selaput dara dimana ianya berbeza bagi setiap wanita dan ada saja wanita yang tidak pecah selaput dara meskipun sudah berkahwin.

“Orang yang dah kawin pun ada selaput dara tak pecah pecah. Yang tak pernah bersetubuh pun ada je selaput dara terpecah sendiri.

“Jangan obses sangat dengan selaput dara boleh? Kalaulah lelaki ada selaput dara juga, 1st day akil baligh dah hilang daranya,” katanya.


Scroll to Top