Tanah runtuh di Bandung Barat: 25 mayat ditemukan setakat ini

Tanah runtuh di Bandung Barat: 25 mayat ditemukan setakat ini

Jakarta: Sebanyak 25 mayat ditemukan setakat hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat, pada Ahad.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari berkata, kesemua mayat mangsa diserahkan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Republik Indonesia untuk dikenal pasti.

“Selain mangsa yang maut, seramai 23 orang dilaporkan selamat, manakala 81 yang lain masih hilang.

“Jumlah mangsa dijangka berubah memandangkan lebih banyak mangsa dikesan dan proses pengecaman lanjut dijalankan oleh pasukan DVI,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.

Kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat itu melanda Kampung Pasir Langu kira-kira 2.30 pagi Sabtu, sehingga menimbus beberapa kawasan kediaman.

Selain faktor cuaca, Abdul Muhari berkata, bentuk muka bumi di lokasi kejadian turut memberikan cabaran besar kepada pasukan penyelamat sepanjang operasi pencarian dilakukan.

“Berdasarkan pertimbangan teknikal di lapangan, operasi pencarian dihentikan buat sementara waktu dan akan disambung semula pada Isnin,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top