Tang Jie-Ee Wei kekal konsisten di Thailand Masters

Tang Jie-Ee Wei kekal konsisten di Thailand Masters

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal berdepan gandingan tuan rumah, Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dalam perlawanan penentuan kejuaraan.

BEREGU badminton campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei konsisten menampilkan rentak cemerlang di Thailand Masters selepas menyambar slot dua terbaik kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu pada Sabtu.

Tang Jie-Ee Wei menjelmakan kegarangan untuk ke pentas perebutan kejuaraan Siri BWF Super 300 itu selepas menjinakkan cabaran gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.

Set pertama gandingan nombor sembilan dunia itu memacu permainan untuk menang 21-11 ke atas beregu dari Negara Matahari Terbit tersebut.

Bagaimanapun set kedua, Tang Jie-Ee Wei diberikan tentangan sengit sebelum menang 21-17 dalam masa 33 minit di Stadium Nimibutr, Bangkok tersebut.