Tang Jie-Ee Wei kena buat banyak kerja rumah

Tang Jie-Ee Wei kena buat banyak kerja rumah

Tang Jie (kiri) dan Ee Wei terpaksa berpuas hati muncul naib juara Thailand Masters setelah tewas kepada pasangan tuan rumah pada Ahad. Foto Agensi

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperoleh pengalaman berharga setelah terlepas gelaran sulung musim ini selepas tewas dalam aksi final Thailand Masters di Bangkok pada Ahad.

Mereka tewas kepada pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 12-21, 18-21 dalam saingan yang berlangsung di Stadium Nimibutr.

Ee Wei mengakui kesilapan mudah ketika memburu mata penting telah menghukum mereka dalam permainan tersebut.

“Kami perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan mata penting. Itu pengalaman yang ada pada mereka.