Tang Jie-Ee Wei langkah kanan di Terbuka China

Tang Jie-Ee Wei langkah kanan di Terbuka China
Tang Jie (kiri) -Ee Wei langkah kanan di Terbuka China Super 1000.

Tang Jie (kiri) -Ee Wei langkah kanan di Terbuka China Super 1000.

Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka kempen Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua kejohanan berprestij Super 1000 pada Selasa.

Pasangan pilihan utama negara itu menundukkan beregu Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-12 dalam aksi yang berlangsung selama 35 minit di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik, Changzhou, Jiangsu.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua Tang Jie-Ee Wei ke atas pasangan ranking ke-29 dunia itu, selepas turut menewaskan mereka di Terbuka Singapura pada Mei lalu.

Tang Jie-Ee Wei yang kini berada pada ranking keempat dunia, akan berdepan cabaran wakil tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying di pusingan kedua.

Jia Xuan-Meng Ying sebelum itu menyingkirkan satu lagi wakil negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dengan keputusan 21-15, 21-16 dalam masa 29 minit.

Scroll to Top