Tangkis 2030: Tengku Zafrul mahu barakan semula badminton Malaysia

Tangkis 2030: Tengku Zafrul mahu barakan semula badminton Malaysia
Tangkis 2030: Tengku Zafrul mahu barakan semula badminton Malaysia

Dari kiri: Tang Jie, Zafrul, Ee Wei, Pearly dan Thinaah.

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan fokus utama kepimpinannya adalah menyediakan persekitaran terbaik untuk memastikan skuad negara mampu terus bersaing di pentas antarabangsa.

Menurut Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kejayaan skuad negara menamatkan penantian 48 tahun dengan melangkah ke dua final Kejohanan Dunia di Paris baru-baru ini menjadi bukti hala tuju badminton negara berada di landasan tepat.

“Saya tidak boleh bertanding di atas gelanggang, tetapi sebagai Presiden BAM apa yang saya boleh lakukan adalah memastikan suasana yang kondusif untuk pemain bersaing sebaik mungkin.

“Inilah wawasan Tangkis 2030 saya, menjadikan Malaysia kuasa badminton dunia dengan melahirkan atlet bertaraf antarabangsa serta menyemarakkan kembali sukan badminton setiap peringkat,” katanya di laman sosialnya pada Khamis.

Zafrul meraikan skuad badminton Kejohanan Dunia Paris 2025. Foto FB Tengku Zafrul

Zafrul meraikan skuad badminton Kejohanan Dunia Paris 2025. Foto FB Tengku Zafrul

Pada edisi di Paris 2025, skuad badminton negara mencipta sejarah apabila buat julung kalinya menempatkan dua wakil dalam perlawanan akhir menerusi beregu campuran Chen Tang Jie–Toh Ee Wei yang meraih emas serta beregu wanita Pearly Tan–M Thinaah yang membawa pulang perak.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia keluar pemenang Kejohanna Dunia menerusi beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila menjuarai edisi Tokyo 2022 menamatkan penantian panjang emas untuk negara.

Scroll to Top