Walau sesiapa pun kita, adab dan tutur kata haruslah dijaga lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan mereka yang lebih berusia.
Mungkin mereka pernah melakukan kesilapan dalam hidup, namun tidak perlulah kita mengungkit atau mempermalukan mereka di khalayak ramai andai hal tersebut boleh mengguris hatinya.
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter yang memuat naik perkongsian dari seorang usahawan dan juga influencer jofliam apabila dia membuat posting di IG story dengan menunjukan satu video influencer lain memarahi orang tua.
Macam tu je dia sound pakcik ni biadap gila pic.twitter.com/t65ScwNLoG
— Cempaka (@IbuPeri__) July 28, 2021
Dalam perkongsian tersebut, dapat didengar dengan jelas influencer dan juga usahawan berkenaan bertanya kepada kepada seorang warga emas berkenaan kehidupannya dahulu.
Dia sempat mengajukan soalan sama ada pakcik tersebut menyesal ataupun tidak dengan apa yang dilakukan ketika muda.
Perkongsian tersebut dilihat sebagai kurang ajar kerana dia bercakap dengan orang yang lebih berusia dan bukannya adik atau anaknya.
Jadi, influencer yang menggunakan nama jofliam telah menyuarakan rasa gerammnya melihat individu tersebut memarahi pakcik berkenaan sehingga warga emas tersebut tidak berkutik dihadapan orang ramai.
Jadi, disebabkan jofliam juga merupakan seorang usahawan, dia menjangkakan semua ini strategi dalam perniagaan dan dapat mengagak tindakan seterusnya yang bakal diambil oleh influencer tersebut nanti.
Jofliam juga kesal dengan tindakan influencer terbabit yang senang-senang bermain dengan maruah orang lain lebih-lebih lagi dengan orang susah dan juga warga emas.
Sehubungan dengan perkongsian semula yang dibuat oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @IbuPeri_ , ramai yang teah meninggalkan komen dengan mengecam tindakan biadap influencer terkenal itu.
Mereka juga berasa kasihan melihat orang tua itu dipermalukan dikhalayak ramai tanpa mampu mempertahankan diri kerana dia menggunakan pembesar suara ketika dimarahi influencer berkenaan.
Sumber: Twitter @IbuPeri_, Instagram Jofliam




