najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Isteri kepada pelakon popular, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof enggan membuka mulut mengenai desas-desus dirinya sedang hamil anak pertama.
Ezza ketika ditemui Harian Metro bagaimanapun hanya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Tanya kepada suami saya. Doakan yang baik-baik,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by The Melvins di Klang, Selangor, semalam.
Terdahulu, Ezza mendapat perhatian ramai apabila didakwa sedang berbadan dua menerusi perkongsian di Instagram miliknya.
Ini kerana, netizen mula melihat perubahan pada bahagian perutnya yang terlihat seperti ‘baby bump’.
Sebelum ini Remy pernah menafikan isterinya itu sedang hamil dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.
Remy dan Ezza bernikah pada 21 Ogos tahun lalu selepas lapan tahun bercinta dan saling mengenali hati budi.
© New Straits Times Press (M) Bhd