Oh! Artis
Tareq Fit dikecam selepas tegur Abang Aji. Isu jadi panas bila bapa Aji guna sentimen perkauman
Jurulatih kecergasan terkenal Tareq Fit mencuri perhatian ramai selepas tampil menegur keadaan fizikal pempengaruh cilik Abang Aji. Tapi yang lebih mengejutkan, teguran tersebut disambut dengan tuduhan perkauman oleh bapa Aji sendiri, Mohd Redzuan Zainol.
Menerusi video TikTok, Redzuan dilihat menyindir Tareq sebagai warga asing hanya kerana menegur secara terbuka gaya hidup Aji yang dikatakan berpotensi memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak lain.
Aku warga asing? Ya, aku orang Arab dan aku berbangga. Tapi kenapa perlu guna isu bangsa untuk balas orang lain?- Soal Tareq dengan nada kecewa
BACA: “Tugas Abang Aji Menghiburkan Orang” – Bapa Tampil Bersuara Isu Saiz Badan Anak
“Jangan jadi racist”- Tareq Fit.
Tareq tidak berhenti di situ malah turut mengingatkan bahawa Islam sendiri tidak pernah mengajar umatnya untuk bersikap perkauman atau membenci atas dasar bangsa.
Tak ada beza antara Arab, Mat Salleh, Melayu atau India. Yang Allah lihat hanyalah taqwa, akhlak dan iman.- Jelasnya tegas
Tambah Tareq lagi, jika Redzuan tidak setuju dengan tegurannya, itu terpulang. Tapi janganlah sampai bermain dengan isu sensitif yang boleh mengundang lebih banyak kebencian.
Risau Bang Aji bagi pengaruh tak sihat terhadap budak lain…
Menurut Tareq, kebimbangannya bukan hanya tertumpu pada Abang Aji tetapi lebih kepada kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak lain yang mungkin meniru gaya hidup sedemikian.
Kau kata itu lakonan, tapi budak lain yang tengok tak tahu. Mereka mungkin ikut sebab tengok anak kau comel, famous dan influencer.- Ujarnya
Beliau menyifatkan kandungan sedemikian sebagai berisiko terutamanya apabila ia boleh menormalisasikan gaya hidup tidak sihat seperti berat badan berlebihan sejak kecil.
Anak kau masih kecil, kesian dia. Susah nak main, susah nak bernafas. Kau kata badan dia macam tu sebab susu, jadi kurangkanlah susu.- Katanya dengan nada simpati.
Pssttt! Kadang-kadang niat kita untuk menegur mungkin tak disambut dengan baik. Tapi penting untuk kita kekalkan adab dan elakkan sentuh isu sensitif seperti kaum dan bangsa. Kalau betul kandungan tu untuk hiburan pastikan ia tak membawa kesan buruk kepada penonton terutamanya budak-budak yang masih mudah terpengaruh. Sama-sama kita belajar terima teguran secara terbuka dan bijak menilai sesuatu isu tanpa emosi melampau.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!