Tarikan bubur lambuk 'antarabangsa'

Tarikan bubur lambuk 'antarabangsa'

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Pengalaman unik memasak dan mengagihkan bubur lambuk yang dimasak sendiri kepada orang ramai.

Semangat Ramadan serta amalan berkongsi rezeki itu dipamerkan puluhan penuntut antarabangsa pelbagai negara Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan, Kampus UCSI Springhill melalui program di Klinik Kesihatan Lukut di sini semalam.

Pensyarah Kanan Kampus UCSI, Dr Leong Quee Ling berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar antarabangsa bergaul dengan penduduk tempatan selain memeriahkan bulan Ramadan.

“Program tahun ini diperluaskan bagi memberi manfaat kepada pelajar kami berinteraksi dan bergaul bersama komuniti setempat secara meluas lagi,” katanya semalam.

Katanya, seramai 40 sukarelawan membabitkan pelajar dan kakitangan Klinik Kesihatan Lukut yang terbabit dalam menjayakan program ini.

“Sukarelawan terdiri daripada pelajar tempatan serta antarabangsa dari China, Pakistan dan Sudan.

“Program ini mencerminkan kepelbagaian budaya di UCSI Springhill serta komitmen universiti dalam memupuk semangat kesukarelawanan dan khidmat kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top